Wednesday, December 16, 2009

Kembali ke blog ku,


Selepas creating blog, aku hampir tiada masa hendak menulis, ada banyak sebabnya, antaranya aku kehilangan ibuku yang ku kasihi, Hajjah Hanisah Abdullah yang telah pergi meninggalkan aku dan juga orang-orang yang disayanginya pada tanggal 29hb Disember 2009. Sebelum itu pun, aku sering berulang ke Kuala Lumpur untuk melawat arwah.

Selepas kehilangan ibu, aku sibuk dengan biz yang aku jalani di Pantai Cenang.. walaupun sedikit sebanyak biz ku terjejas akibat 'renovation', aku terpaksa redha dan tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.

Juga sibuk dgn anak2 ku bersekolah untuk seisi baru persekolahan, January.

Pada akhir Januari aku tersentak.. tapi aku tidak dapat luahkan di sini.. tuhan saja lebih mengetahui.

Aku pulang ke Semenyih pada awal Februari untuk hadiri bacaan yassin dan kenduri arwah, juga pada masa yang sama gathering bersama rakan2 sekolah ku.. Terima kasih Azrita dgn Kamal, kerana mengetahui kepulanganku, kamu berdua adakan perjumpaan ini. Aku menghargai usaha kelian. Mungkin bukan aku saja yang merasakan bahawa 'fesbuk' telah banyak menemukan rakan-rakan lama. Ada sahabat yang aku tidak pernah bertemu selama 30-35 tahun, akhirnya bertemu melaluinya. Sesuatu yang tidak pernah aku terfikir selama ini.

Anyway, 'life goes on'. Banyak yang aku kena fikirkan, sesekali aku berasa emosi kerana memikirkan sesuatu yang tiada penghujungnya.

What is important now, aku hidup bahagia dgn apa yang ada. Keep on praying to Allah.

No comments:

Post a Comment